Wednesday, April 08, 2015

Rahsia India ‘dalam tangan’ Kumar



IPOH – Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar menegaskan rahsia taktikal pakar pukulan sudut India berada dalam ‘tangannya’ sekali gus tidak sabar menanti aksi menentang gergasi Asia itu pada kempen Piala Sultan Azlan Shah 2015, malam ini.

Kata Kumar, kelebihan India terletak kepada dua pakar pukulan sudut penati mereka iaitu Raghunath Vokkaliga dan Rupinder Singh yang dianggap berbahaya jika berada dalam kawasan D.

Tambahnya, pengalaman beraksi dalam Liga Hoki India bersama pa­sukan Uttar Pradesh Wizards telah mendedahkannya dengan pelbagai corak taktikal pakar pukulan sudut penalti beberapa pemain hebat dunia, termasuk Raghunath.

“Saya sering berlatih besama Raghunath kerana kami adalah rakan sepasukan Uttar Pradesh Wi­zards dan saya juga tahu apa kemahiran individunya.

“Malah, saya juga tahu apa yan perlu dilakukan ketika menghadapi Raghunath dan Rupinder sewaktu mereka mahu melakukan pukulan sudut penalti,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi pemulihan di Kompleks Renang Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, semalam.

Pertemuan menentang India hari ini boleh dianggap sebagai penentu peluang buat skuad hoki kebangsaan untuk ke perlawanan akhir.

Jika Malaysia berjaya mendapatkan kemenangan menentang India dan dalam baki dua lagi perlawanan maka peluang untuk ke final lebih baik. 

Sementara itu, Kumar percaya jurulatih, Tai Beng Hai sudah memikirkan strategi bagi menghadapi India.

“Harapan saya pada perlawanan menentang India adalah untuk mendapatkan tiga mata dan untuk merealisasikannya kami perlu fokus,” kata Kumar.



UTUSAN

No comments:

Post a Comment