Friday, April 10, 2015

Nur Syazwani Raih Pingat Emas Boling Terbuka Antarabangsa Thailand

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pemain pelapis boling negara, Nur Syazwani Sahar berjaya meraih pingat emas Masters Remaja Bawah 21 tahun Kejohanan Terbuka Antarabangsa Thailand ke-41 yang berlangsung di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Bangkok, pada Khamis.

Dalam kategori Masters Remaja Bawah 21 tahun, yang menggabungkan pemain lelaki dan perempuan, Nur Syazwani berjaya mengenepikan saingan terdekat dengan perbezaan lapan pin sahaja.

Pemain berusia 17 tahun itu pada awalnya ketinggalan 48 pin dan berada di kedudukan keenam di belakang pendahulu, berjaya mendapat 247 mata pada permainan terakhir untuk merampas kedudukan teratas dengan mengumpul 1,680 jatuhan pin selepas lapan permainan.

Pingat perak menjadi milik seorang lagi pemain remaja kebangsaan, Siti Aishatun Hussin dengan 1,672 jatuhan pin dan gangsa menjadi milik Kuek Qi En dari Singapura dengan 1,646 jatuhan pin.

Pada Mac lepas, beliau muncul sebagai juara Kejohanan Boling Remaja Kebangsaan Milo 2015.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment