Wednesday, March 04, 2015

Nicol Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Windy City

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Windy City 2015 di Chicago, Amerika Syarikat pada Isnin.

Pemain nombor satu dunia berusia 31 tahun ini mengalahkan pemain pilihan pertama kejohanan Alison Water dari England dengan straight set 12-10, 12-10 dan 11-6 dalam masa 39 minit sekali gus berjaya menebus kekalahannya kepada pemain tersebut.

Beliau kalah kepada Alison pada peringkat suku akhir Kejohanan Juara-Juara di New York pada 21 Jan.

Nicol seterusnya akan bertemu pemain Mesir, Nour El Tayeb yang mengalahkan rakan senegaranya Nour El Sherbini, pada perlawanan pukul 6 petang waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia pada Rabu).

Namun seorang lagi pemain negara Low Wee Wern kalah 9-11, 11-6, 11-3 dan 11-9 kepada pemain nombor dua dunia Raneem El Welily juga dari Mesir.

Raneem akan bertemu pemain Perancis, Camille Serme yang mengalahkan pemain England, Emma Beddoes secara straight set 11-4, 11-2 dan 11-5 untuk menempah tiket empat terakhir.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment