Monday, March 23, 2015

Najib hadir tonton perlawanan Liverpool-Man United

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat meluangkan masa bersama orang ramai menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United di Restoran Singgah Selalu di sini, sebentar tadi.

Najib yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira jam 8.45 malam tadi dijadualkan akan menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Besar, esok.
Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Dalam perlawanan di Anfield itu, Manchester United berjaya menewaskan Liverpool, 2-1 hasil jaringan Juan Mata pada minit ke 14 dan 54 serta Daniel Sturridge (Liverpool), minit 69.



Berita Harian

No comments:

Post a Comment