Tuesday, March 03, 2015

'Mr Badminton' Tekad Rebut Kembali Keunggulan Malaysia


KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pengarah Teknikal Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen siap sedia menerima cabaran untuk mempastikan Malaysia merebut kembali keunggulannya di persada badminton.

Frost, johan All-England sebanyak empat kali itu, dan dikenali sebagai 'Mr Badminton' memulakan tugas hari ini.

Frost berkata beliau telah berbincang dengan semua jurulatih mengenai kaedah latihan yang telah dilaksanakan di BAM.

"Ini (jawatan pengarah teknikal) tugas amat menarik. Saya amat menyukai badminton...Saya harap kami (golongan jurulatih) dapat melaksanakan tugas dengan cukup baik... Saya kembali ke sini sebab ini cabaran besar.

"Saya menunggu-nunggu untuk menjalankan tugas dan memangnya kami perlu melihat perancangan jangka pendek dan panjang.

"Kami mengadakan mesyuarat dengan semua jurulatih.

"Ini mesyuarat yang berterus terang," kata Frost kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Terdahulu, Frost dari Denmark, meninjau latihan pemain badminton kebangsaan di gelanggang.

Kontrak Frost dengan Majlis Sukan Kebangsaan berakhir 31 Dis, 2020.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment