Tuesday, March 24, 2015

Hormati TM




FAIZAL (dua dari kiri) kembali berlatih bersama skuad negara, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38913#sthash.xiR9UYgz.dpuf




Kuala Lumpur: Pujukan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah nyata membuahkan hasil apabila penyerang utama skuad hoki negara Faizal Saari kembali turun menjalani latihan semalam.

Dilihat kembali bersemangat, Faizal berkata, faktor utama dia turun menjalani latihan semalam adalah kerana menghormati pandangan Tengku Abdullah yang mahu melihatnya kembali beraksi semula bersama skuad negara.

“Presiden sudah tahu segala perkara membabitkan saya. Saya pun rasa malu dengannya sebab Tengku Abdullah sememangnya banyak membantu sejak mula beraksi dengan skuad negara,” katanya yang menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Hoki Tun Razak, semalam.

Jelas Faizal, meskipun isu membabitkan insentif bonus seperti yang dituntutnya masih belum selesai, dia berjanji akan kembali memberi fokus kepada skuad negara.

“Saya dimaklumkan ia (pemberian bonus) akan selesai pada minggu depan. Jadi sama-samalah kita tengok bagaimana nanti.

“Apapun, saya akan terus menjalani latihan bersama skuad negara,” katanya.
Faizal juga akur sekiranya namanya tidak terpilih untuk beraksi pada saingan Piala Sultan Azlan Shah yang bakal berlangsung pada 5 hingga 12 April depan.

“Saya terima apa saja keputusan. Kalau saya tidak terpilih ke Piala Sultan Azlan Shah, saya akan tetap turun berlatih macam biasa,” katanya.
Faizal juga berharap perkara sama tidak berulang selepas ini.

“Semua orang ada masalah dan saya mungkin tidak boleh kawal masalah ini sendiri. Sebab itu ia jadi seperti sekarang.

“Harap lepas ini segala-galanya selesai dan saya boleh kembali fokus untuk Malaysia,” katanya.



Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment