Friday, March 13, 2015

Hampiri final



Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ghana pada suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Nasihin Nubli Ibrahim menempah tiket ke separuh akhir esok.

Dijangka mudah menundukkan lawan menduduki ranking ke-30 dunia itu, ramalan itu nyata meleset selepas Ghana mempamerkan aksi cemerlang dan dilihat bekerja keras sepanjang perlawanan.
Skuad negara bermula baik selepas Norazlin Sumantri meledak gol seawal minit ke-3 sebelum Hanis Nadiah Onn menambah gol kedua pada minit ke-25.

“Ghana memberikan tentangan tanpa berputus asa. Mereka mempamerkan semangat sama ketika perlawanan peringkat kumpulan dengan memaksa setiap lawan bekerja keras.

“Poland contohnya hanya mampu menang 3-1 ke atas Ghana.

“Memang pemain kecewa dengan keputusan itu, tapi kita masih berada di landasan tepat untuk melangkah ke final. Saya tidak mahu mereka terlalu memikirkan keputusan ini,” katanya.


Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment