Monday, March 23, 2015

Abu Samah, Naim kekalkan jawatan



MELAKA – Datuk Abu Samah Abd. Wahab mengekalkan jawatan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tanpa bertanding pada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-26 di Banda Hilir di sini, semalam

Timbalannya, Datuk Naim Mohamad turut mengekalkan kerusi yang disandang selepas mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohammad Sidek Khalid yang merupakan Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur dengan 41 undian.

Menurut Abu Samah, kepercayaan yang diberi membolehkan beliau dan timbalannya membuat pelbagai perancangan bagi menggerak dan merancakkan sukan lumba basikal negara untuk tempoh empat tahun lagi

"Saya telah berbincang dengan barisan baharu kepimpinan supaya sentiasa bersatu dalam menjalankan tugas, kalau boleh kita tidak mahu ada sebarang percanggahan pendapat dan jika ada kita perlu selesaikan dengan cara positif dan damai.

"Sekarang ini banyak sangat kontroversi tetapi kita sudah beri jawapan dan telah menepis kontroversi itu.

“Kita dah buat pengakuan dan berazam akan memperbaiki dari semasa ke semasa mengikut garis panduan yang ditetapkan," katanya ketika ditemui. 


- UTUSAN

No comments:

Post a Comment