Wednesday, February 18, 2015

Tidak ada Sukma tahun ini 
– Khairy



KUALA LUMPUR – Selepas 17 edisi Sukan Malaysia (Sukma) dianjurkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa temasya tersebut tidak akan diadakan pada tahun ini.

Bagaimanapun katanya, sebab-sebab temasya ke-18 yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan akan diketahui selepas mesyuarat Sukma dibuat.

“Tidak ada Sukma pada tahun ini. Nanti saya akan jawab selepas kami mengadakan mesyuarat berkenaan Sukma nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rakan Muda Baharu di ibu negara semalam.

Sukma merupakan satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.

Acara itu diadakan secara tahunan untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan dengan lebih mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.

Kuala Lumpur sepatutnya menjadi tuan rumah kepada apa yang dikenali sebagai ‘mini Sukma’ pada tahun ganjil manakala negeri-negeri lain menganjurkannya pada tahun genap.


UTUSAN

No comments:

Post a Comment