Tuesday, February 10, 2015

Beasley Kenal Pasti Pelumba Muda Untuk Latihan Di Melbourne

SEPANG, 9 Feb (Bernama) -- Ketua jurulatih basikal negara, John Beasly telah mengenal pasti beberapa pelumba remaja untuk mengikuti program latihan di Melbourne, Australia selepas pencapaian hebat mereka pada Kejohanan Asia (ACC) di Korat, Thailand.

Bagaimanapun, katanya pelumba remaja berkenaan perlu melepasi beberapa kriteria sebelum diserapkan dalam program elit bersama-sama pasukan senior serta mengikuti program pembangunan di Melbourne.

"Sudah lama orang berkata kami melakukan pelaburan besar untuk melatih pelumba tetapi hasilnya amat sedikit...sekarang anda boleh melihat hasilnya," katanya kepada pemberita selepas kembali dari Korat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Isnin.

Pasukan remaja negara merangkul sebutir emas, satu perak dan dua pingat gangsa pada Kejohanan ACC. Pingat emas disumbangkan oleh Mohd Fadhil Mohd Zonis dalam acara ujian masa 1km.

Pingat perak diraih oleh pasukan pecut -- Muhammad Syariz Efendi, Muhd Khaairil Nizam Rasol dan Mohd Fadhil -- manakala dua pingat gangsa menerusi Muhamad Syariz dalam acara keirin lelaki dan Eiman Mohd Zakri dalam perlumbaan 'Scratch'.

Beasley, bersama-sama jaguh trek negara Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan ratu trek wanita Fatehah Mustapa akan berlepas ke Perancis malam ini untuk menyertai Kejohanan Trek Dunia UCI yang bermula 18 hingga 22 Feb ini.

Azizulhasni, menang emas dalam acara keirin di Korat Khamis lepas sebelum kalah kepada pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata pada final acara pecut.

Sementara itu, Fatehah bertekad untuk melayakkan diri ke pusingan akhir acara keirin pada kejohanan itu yang akan diadakan di Saint Quentin En Yvelines, Perancis.

"Sasaran saya ialah untuk masuk final, namun saya perlu tengok keadaan kesihatan saya macam mana dulu," katanya yang pernah memenangi pingat perak dalam acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik di Guadalajara, Mexico tahun lepas.

Fatehah, yang memenangi pingat perak acara 500m ujian masa dan gangsa pecut wanita elit di Korat, yakin untuk menampilkan aksi yang lebih baik pada kejohanan dunia nanti.

Untuk rekod, skuad trek negara meraih dua pingat perak menerusi Azizulhasni dalam acara pecut pada Kejohanan Trek Dunia UCI 2009 dan keirin pada 2010 serta satu pingat gangsa menerusi Mohd Rizal Tisin dalam acara 1km ujian masa (2009).

-- BERNAMA

1 comment:

  1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete