Wednesday, January 14, 2015

MOM gugur Malaysia, Antarabangsa



 KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akhirnya akur untuk tidak meneruskan kontroversi apabila mengambil keputusan mengubah nama Maraton Antarabangsa Malaysia (MIM) kepada yang lain tanpa melibatkan perkataan ‘Antarabangsa’ dan ‘Malaysia’.

Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, keputusan telah dicapai untuk meneruskan la­rian yang berlangsung pada 23 dan 24 Mei itu tetapi mereka masih memikirkan nama yang sesuai.

Namun yang pastinya, persetujuan hanya perlu diminta daripada Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang.

“Nama yang difikirkan ketika ini Larian Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Pulau Pinang, namun kita akan putuskan nama yang sesuai bagi mengelak perkara ini dihimpit kontroversi.
 “Tujuan utama kami mengadakan larian adalah untuk meraikan ulang tahun Ke-60 MOM dan kami tidak berniat untuk menimbulkan rasa kurang se­nang badan sukan terlibat, terutama KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia). 

“Diharap dengan keputusan ini pihak terlibat berpuas hati,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM, semalam.

KOM sebelum ini memberitahu, penganjuran MIM oleh MOM tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan mereka.

KOM turut mendakwa MOM cuba mengganggu sumber pendapatan mereka dengan menganjurkan la­rian tersebut bahkan badan induk sukan olahraga negara itu juga memikirkan untuk menyaman MOM andai larian diteruskan.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri untuk menjadi orang te­ngah.

“Nama larian tersebut terpaksa ditukar kerana tidak tahan dengan pihak yang bising tentang penganjuran ini,” kata Danyal.



ZAZALI JAMIAN



ZAZALI JAMIAN - UTUSAN

No comments:

Post a Comment