Tuesday, January 27, 2015

Khairy ucap tahniah




KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan hoki negara menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura kelmarin.

Beliau bagaimanapun berkata, soal imbuhan atas kejayaan pasukan hoki negara itu hanya dapat dibincangkan setelah selesai keseluruhan perjalanan Liga Hoki Dunia.

“Ramai yang buat andaian mereka (pasukan hoki negara) telah memenangi Liga Hoki Dunia tetapi mereka sebenarnya baru layak ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

“Jadi kita bincang soal imbuhan selepas mereka selesai perjalanan dalam Liga Hoki Dunia, apa pun, saya berbangga dan saya ucapkan tahniah tetapi ini baru pusingan kedua,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, semalam.

Kelmarin, pasukan hoki negara berjaya menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura selepas membelasah Poland 8-0.

Kejayaan membolehkan Malaysia layak beraksi pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium pada bulan Jun ini.


- UTUSAN

No comments:

Post a Comment