Tuesday, January 06, 2015

Congak selamat karier - Harian Metro




Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek bersedia mencari alternatif lain meneruskan kerjayanya andai BAM tidak lagi memerlukan khidmatnya.

 Rashid yang mula menjadi jurulatih kebangsaan sejak 2003 berkata, langkah itu perlu bermula dari sekarang kerana tidak mahu masa depannya ditentukan Pengarah Teknikal Morten Frost Hansen yang memulakan tugasnya Mac ini.

"Dengan situasi sekarang, saya perlu mencari alternatif lain sebagai persediaan awal mengenai kerjaya saya. Saya tidak boleh tunggu hingga Frost datang baru buat keputusan.

"Jika beliau mahukan khidmat saya lagi, itu tidak mengapa, tetapi bagaimana kalau saya tidak lagi diperlukan.

"Ketika itu nanti semuanya sudah terlambat sebab itu saya kena mula cari alternatif lain bermula dari sekarang," kata Rashid.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Oleh Ferzalfie Fauzi
 




Oleh Ferzalfie Fauzi


No comments:

Post a Comment