Tuesday, January 13, 2015

40 Perahu Layar Sertai Regata Langkawi 2015

LANGKAWI, 12 Jan (Bernama) -- Sejumlah 40 perahu layar menyertai Regata Antarabangsa Diraja Langkawi 2015 (RLIR) bermula esok hingga 17 Jan.

Pengurus Besar Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) Wicky Sundram berkata lebih 300 pelayar dari Malaysia, Great Britain, Australia, Thailand, Singapura, Rusia, Austria, Denmark, China, Hong Kong, Itali, New Zealand dan Jepun telah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-13 ini.

Beliau berkata empat perahu layar akan bertanding dalam Racing Class, satu dari Australia sementara selebihnya dari Malaysia.

Peter Ahern's Oi! akan bertanding dengan tiga perahu layar dari Malaysia yang diwakili anggota tentera laut iaitu Zuhal, Sarah dand Utarid, katanya.

Beliau berkata jumlah perahu layar yang bertanding dalam kategori Racing Class berkurangan berbanding tahun lepas.

Lima kategori akan dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu Racing Class, IRC Class, Sports Class, Multihull Class dan Club Class.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment