Thursday, November 20, 2014

PSM gantung Hanapiah enam bulan



Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bertindak menggantung perejam berpengalaman negara, Mohd Hanapiah Dollah selama enam bulan.

Keputusan diputuskan baru-baru ini oleh mesyuarat exco PSM selepas pemain kelahiran Terengganu itu mahu menarik diri daripada skuad negara.

“Ia berkuat kuasa 10 Oktober lalu. Keputusan itu terpaksa diambil selepas dia mahu meninggalkan skuad negara sekali gus dilihat bertentangan dengan perlembagaan persatuan,” menurut sumber.
Sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini, Hanapiah dilabel perejam utama negara dalam skuad kendalian Jamaluddin Hassan selepas kecederaan dialami Norshahrudin Mad Ghani.

“Dia memberi alasan mahu fokus kepada kerja. Bagaimanapun, dia berpeluang membuat rayuan meringankan hukuman dan difahamkan surat rayuan sudah dihantar kepada PSM, cuma badan induk berkenaan belum bermesyuarat,” katanya.

PSM pimpinan Datuk Ahmad Ismail dilihat tegas terutamanya dalam mempersiapkan pemain terbaik bagi menghadapi Sukan SEA 2017 di Malaysia dengan misi merampas pingat emas yang sudah terlalu lama tidak dimenangi skuad negara, kali terakhir edisi 2005 di Filipina.

Ketiadaan Hanapiah bagaimanapun dilihat tidak memberikan kesan besar kerana mampu diisi seorang lagi perejam negara, Mohd Khairul Zaman Akhbar yang beraksi cemerlang pada Siri Super ISTAF 2014/24 di Myanmar awal bulan ini.



Oleh Azlan Muhammad Zain - Arena, Harian Metro

 




Oleh Azlan Muhammad Zain


No comments:

Post a Comment