Tuesday, November 25, 2014

KBS suntik dana penyelamat LTdL


KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi muncul penyelamat Le Tour de Lang­ka­wi (LTdL) dengan menyuntik dana berjumlah RM1.6 juta bagi menyelesaikan masalah berhubung ganjaran wang yang tidak dijelaskan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kepada pemenang.



Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ini wajar dilaksanakan bagi menjaga imej LTdL yang akan memulakan edisi 2015 pada 8 hingga 15 Mac depan.
Tambahnya, beliau turut me­ng­a­­­rah­­kan Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk meneliti kes tersebut bagi memastikan masalah itu dapat di­selesaikan dengan lancar.

“Mengenai isu LTdL, saya telah bertanya kepada Pesuruhjaya Sukan untuk meneliti perkara itu. Saya ingin tahu me­ngapa (ganjaran wang) ditahan.
“Jika dana itu sudah tiada lagi, maka saya meminta mereka (PKBM) menulis surat kepada KBS, jadi kami boleh memeriksa baki yang belum dijelas.

“Kita perlu menjaga imej LTdL. Jika pasukan (pemenang) tidak dibayar, mereka tidak akan datang, jadi apa yang boleh kita lakukan?,” katanya dalam sidang akbar selepas membuat lawatan ke Rumah Transit 1Malaysia di Pinggiran Bukit Ja­lil, di sini semalam.

Yang hadir sama, Menteri Kese­jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Majlis Sukan Nega­ra (MSN) pernah men­depositkan hadiah wang tunai meng­ikut prosedur yang ditetapkan ke dalam akaun PKBM sebelum permulaan kejohanan LTdL pada 26 Februari tahun ini.
Bagaimanapun, pa­da Sabtu lalu terdedah bahawa pemenang masih belum menerima sebarang bayaran hingga kini.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh tujuh tahun kerajaan telah menyelamatkan LTdL dengan menyuntik dana berjumlah RM10.7 juta. Pada tahun 2006 penganjur pertama Cartel Sdn. Bhd. gagal menyelesaikan bayaran kepada kontraktor, hotel, pekerja dan hadiah wang tunai.




SUFIAN HADI MOHD. SOJAK - UTUSAN MALAYSIA
 

 

No comments:

Post a Comment