Thursday, August 07, 2014

Singkir jika gagal tepati KPI


Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Wira Mazlan Ahmad mahu ‘exit policy’ diwujudkan semula bagi dipraktikkan terhadap organisasi kerajaan yang penting susulan kegagalan kontinjen negara di Sukan Komanwel Glasgow baru-baru ini.

“Saya cadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mewujudkannya semula kerana sesiapa yang tidak mencapai KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) dan tidak mampu menjalankan tugas supaya memberi laluan kepada orang lain.

“Ini bermaksud perubahan dalam kalangan mereka bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang diamanahkan,” katanya.

Menurutnya, ketika mengetuai Majlis Sukan Negara (MSN), kontraknya disambung setiap dua tahun bergantung kepada persetujuan Menteri Belia dan Sukan.

FotoDATUK Wira Mazlan Ahmad.

“Sekiranya menteri puas hati, baru saya akan meneruskan tugas sebagai Ketua Pengarah MSN untuk tempoh dua tahun seterusnya, begitu juga sebaliknya. Saya hanya diserapkan secara tetap ketika berbaki tiga tahun sebelum pencen.

“Ini bukan saja perlu dipraktikkan kepada MSN malah terhadap organisasi penting yang lain bagi memastikan KPI tercapai. Kadang-kala ada pegawai yang diserapkan ke jawatan tetap gagal menyumbang kerana mereka berasa tidak tergugat.



Oleh Azlan Muhammad Zain, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment