Friday, August 08, 2014

‘Jangan sampai ganggu persiapan pemain’

Kuala Lumpur: “Jangan sampai ganggu persiapan pemain untuk Kejohanan Dunia dan Sukan Asia”.
Itulah yang ditegaskan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berikutan pergolakan yang berlaku dalam kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Kunci utama adalah isu ini tidak boleh mengganggu persiapan pemain terutama di Sukan Asia 2014 Incheon,” katanya.

Sebaik berakhir Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff seolah-olah menyalahkan jurulatih Rashid Sidek berikutan kegagalan pemain perseorangan, Chong Wei Feng dan Liew Daren mempertahankan pingat emas acara itu.

Semalam, Rashid pula menganggap apa yang dikatakan Tengku Mahaleel itu tidak adil.
“Tengku Mahaleel mempunyai pengalaman dari aspek pengurusan, dia pernah berada dalam dunia korporat.

“Dia memang arif dalam perkara ini dan ia akan di selesaikan dengan segera,” katanya.
Zolkples berkata, beliau tidak boleh masuk campur dalam perkara ini yang membabitkan isu dalam badan sukan.

Tengku Mahaleel pernah terbabit dalam bidang korporat selepas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Berhad sehingga 2005 dengan memegang jawatan itu selama lapan tahun.


Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment