Wednesday, June 11, 2014

ren Gagal Ke Peringkat Seterusnya Dalam Terbuka Jepun 2014

Pemain nombor dua perseorangan kebangsaan Liew Daren gagal mara ke peringkat seterusnya pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2014 yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu, sebelum ini menewaskan pemain Perancis Thomas Rouxel 21-17 dan 21-18 dalam pusingan kelayakan pertama.

Beliau bagaimanapun tewas kepada bekas pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China 18-21 dan 15-21 dalam pusingan kelayakan kedua hari ini, demikian menurut laman sesawang BWF website;www.bwfbadminton.org.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment