Monday, June 09, 2014

Najib Ucap Tahniah Kejayaan Pahang Rangkul Piala Fa 2014


KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah dan memuji persembahan skuad bola sepak Pahang yang menjulang Piala FA 2014 selepas menundukkan Felda United FC malam tadi.

"Apa lagi boleh saya katakan tentang pasukan bola sepak negeri kelahiran saya ini. Ternyata handal. Tahniah skuad Tok Gajah!," katanya dalam laman twitter beliau hari ini.

Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment