Thursday, June 05, 2014

Bimbing pelapis: PM



Kangar: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) bukan sekadar melahirkan bakat baru sebaliknya perlu dijadikan pentas melahirkan generasi pelapis pelbagai bidang sukan sekali gus menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu SUKMA menjadi antara ruang melahir dan mengetengahkan bakat baru kerana ketiadaan barisan pelapis secara tidak langsung menyebabkan mutu sukan negara merosot. Menurutnya, andai negara mempunyai ramai pelapis sukan tertentu, nama Malaysia akan harum di pentas antarabangsa.

“Baru-baru ini dalam saingan Piala Thomas, kita ham pir menang, tapi kini perlu tunggu lagi dua tahun selepas menunggu sejak 1992.

“Tapi kalau kita mempunyai ramai pelapis berwibawa yang menyokong Datuk Lee Chong Wei, mungkin kita boleh berjaya. Ini antara contoh bagaimana kita perlu bangunkan atlet muda dalam semua jenis sukan yang dikenal pasti untuk dipupuk daripada segi ketahanan fizikal dan mental untuk berjaya dalam bidang sukan di persada antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan SUKMA ke-17 2014 di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini, malam tadi.




Oleh Ahmad Saufi Mansor, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment