Monday, May 12, 2014

Terengganu Hantar 25 Atlit Berbasikal Ke Sukma Perlis

KEMAMAN, 12 Mei (Bernama) -- Terengganu akan menghantar 25 atlit berbasikal termasuk tujuh wanita untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis akhir bulan ini.

Ketua jurulatih berbasikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata Mohd Nabil Umar Bakri, pemenang tiga pingat emas Sukma 2012 akan mengepalai atlit lelaki.

"Mohd Nabil, satu-satunya orang lama dan atlit berpengalaman dalam pasukan Terengganu kali ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Umi Hamimah Ahmad, pemenang dua pingat emas Sukan 2012 akan mengetuai atlit wanita.

Atlit berbasikal Terengganu semalam baru pulang daripada menjalani latihan selama sebulan sejak 11 April lalu di Chan Rai, Thailand.

Mohd Hussaini berkata esok atlit berbasikal Terengganu akan manyambung latihan dengan berkayuh dari Kemaman ke Dungun dan lusa dari Dungun ke Kuala Terengganu.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment