Tuesday, May 27, 2014

‘Saya amat kecewa’


Kangar: “Terus terang cakap, saya takut nak bertanding jika melihatkan keadaan platform dan air kolam seperti ini dan ia amat mengecewakan.”

Itu luahan atlet negara yang pernah bertanding di Sukan SEA Myanmar, Nur Dhabitah Sabri (gambar) selepas dia bersama pasukannya meninjau sekitar Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negeri, kelmarin.

Nur Dhabitah, 15, tampil buat pertama kali di temasya SUKMA mewakili Wilayah Persekutuan dan di bahunya terpikul impian pasukan untuk memenangi emas dua acara disertai, 3 meter papan anjal dan 10m platform seirama.

“Saya begitu kecewa apabila kolam ini tidak memenuhi apa yang kami mahukan.

Keadaan macam ini benar-benar mematahkan semangat saya dan rakan-rakan kerana sebelum datang ke sini kami berlatih dengan gigih, tapi sekarang semangat kami seolah-olah hilang.

“Untuk papan anjal rasanya tidak ada masalah, tapi untuk platform ada gangguan sikit dan saya takut untuk melakukan terjunan kerana lantainya licin,” katanya.

Kelmarin, pengurus pasukan Wilayah Persekutuan Lee Keah Chang terkejut melihat keadaan kompleks yang masih dalam pembinaan walaupun hanya tinggal dua hari sebelum acara itu bermula.

Foto





Oleh Lokman Zainal Abidin dan Mohd Firdaus Hashim, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment