Tuesday, May 06, 2014

Najib Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara


KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara yang berjaya menduduki tempat ketiga pada siri Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1, semalam.

Najib berkata demikian dalam tweet balasnya kepada akaun Team Malaysia '@TeamMsia', yang diuruskan Telekom Malaysia sebagai pengelola kempen pasukan kebangsaan.

"Tahniah!," kata Najib kepada @TeamMsia yang sebelum itu menghantar mesej: "#HockeyChampionsChallenge1 Keputusan Akhir: Malaysia (4) - Ireland (2). #TeamMsia berjaya meraih tempat ketiga!"

Dalam perlawanan menentukan kedudukan di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan malam tadi, pasukan Malaysia berjaya merangkul tempat ketiga selepas mengalahkan Ireland 4-2.

Walaupun gagal menepati sasaran ke pusingan akhir, namun pencapaian itu merupakan yang terbaik selepas meraih tempat keempat pada edisi 2001 di Kuala Lumpur dan 2012 di Quilmes, Argentina.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment