Friday, May 09, 2014

‘Kita underdog’

Kuala Lumpur: “Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kita hadir dengan status underdog.”
Demikian gesaan pemain beregu negara Vivian Ho kepada rakan sepasukan supaya tidak perlu memikirkan setiap perlawanan yang dilalui pada saingan Piala Uber di New Dehli, India bermula 18 Mei ini.

Sekadar menetapkan sasaran ke suku akhir, Vivian yang bergandingan dengan Woon Khe Wei dan bakal muncul beregu utama skuad Piala Uber berkata, skuad negara berpeluang memenangi kesemua perlawanan apabila bertemu Jepun, Denmark dan Jerman dalam Kumpulan D.

“Denmark dan Jepun tidak dinafikan mempunyai pasangan kuat, tapi kita juga mempunyai peluang menewaskan mereka.
FotoVIVIAN (kiri) tak risau kekuatan lawan.

“Untuk rekod, kita tidak pernah bertemu dengan Denmark dan Jerman pula, kita tewas sekali pada saingan Piala Sudirman.

“Bagi saya, tidak perlu berasa tertekan sebab lawan juga takut untuk bertemu kita.

“Lawan kami pasti lebih tertekan kerana sebagai pasukan pilihan, keutamaan mereka pastinya memungut mata kemenangan,” katanya.




Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment