Monday, May 26, 2014

Kebanggaan Pasukan, Kata Khairy

NEW DELHI, 25 Mei (Bernama) -- Sekalipun Malaysia tewas pada Kejohanan Piala Thomas 2014, pasukan kita telah bermain dengan cemerlang, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Kita Kalah. Tapi saya bangga dengan pasukan Malaysia. Mereka berjuang hingga ke saat akhir. Berjuang untuk Jalur Gemilang pada baju mereka. Untuk kita," kata Khairy dalam tweet.

"Dan Tahniah pada Jepun. Mereka umumkan pada dunia ada kuasa baru dalam sukan Badminton. Pasukan yang cukup seimbang."

Skuad badminton kebangsaan tewas kepada Jepun 2-3 di Stadium Tertutup Siri Fort di sini hari Ahad.

Khairy menulis dalam tweetnya bahawa kapten pasukan Malaysia, Liew Daren yang tewas dalam perlawanan penentu menitiskan air mata di pengakhiran.

"Tapi, kami semua beritahunya bahawa dia bermain hebat. Berjuang ke saat akhir seperti itu. Persis seorang kapten".

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment