Monday, May 26, 2014

‘Kami sudah cuba terbaik’

New Delhi: “Kami sudah cuba habis-habisan.”
Itu luahan pemain beregu negara Tan Boon Heong yang kecewa kerana gagal menghadirkan mata untuk negara pada aksi final Piala Thomas semalam.

Dia yang bergandingan dengan Hoon Thien How tewas 21-12, 17-21, 19-21 kepada Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo meskipun sudah memberikan saingan sengit.

Boon Heong berkata, dia serta Thien How sememangnya berasa tertekan sebelum turun ke gelanggang kerana mereka berdua antara harapan Malaysia untuk memungut mata.
“Mungkin sebab ini aksi final, kami berasa sedikit tertekan.

Tapi sebenarnya kami sudah memberikan yang terbaik.

“Permulaan buruk kami bermula di set kedua apabila tidak dapat bertahan dengan baik,” katanya.
Meskipun prestasi Boon Heong dilihat cukup cemerlang pada saingan kali ini, pemain senior negara itu seperti enggan menerima pujian itu.

“Nak cakap bagus pun tak boleh sebab saya kalah juga,” katanya.



Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment