Friday, April 04, 2014

PPBM gilap bakat muda



Kuala Lumpur: Sebanyak 300 akademi bola sepak akan ditubuhkan di seluruh Malaysia dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.

Program baru dikenali ‘Pelan Pembangunan Bola Sepak Malaysia’ atau (PPBM 2014-2020) dibentuk dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mencungkil bakat baru pemain bola sepak negara untuk masa depan.

Program dua akademi membabitkan 150 daerah di Malaysia dibahagikan pada peringkat usia 7 hingga 12 tahun (Tunas) dan 13-17 (Remaja). Program PPBM akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Akademi Bola Sepak Negara di Gambang, Pahang, 10 April ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, program enam tahun PPBM itu memberi penekanan pelbagai aspek bola sepak moden dan lebih menyeluruh berbanding sebelum ini.

“Kita sudah memulakan program bola sepak seumpama itu sejak empat tahun lalu. Walaupun akademi sudah ada tetapi masih ada kelemahan. Kita masih tidak cukup pusat latihan untuk mencapai matlamat meningkatkan kemajuan bola sepak dan pemain yang lebih baik.

“Dengan 59 akademi di seluruh negara ketika ini, kita hanya ada 5,454 pemain. Jumlah itu akan bertambah menjadi 50,950 pemain menerusi 300 akademi bola sepak di seluruh negara menjelang 2020. “Ia bermakna jurulatih sedia ada seramai 734 akan ditambah menjadi 2,789 menjelang 2020.

Beberapa jurulatih program akan dihantar mengikuti program pengurusan akademi bola sepak remaja selama beberapa bulan di kelab Queens Park Rangers (QPR), England,” katanya. Khairy berkata, akademi bola sepak turut membabitkan penyertaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

“PPBM membabitkan pertambahan jadual perlawanan liga daerah yang lebih banyak.

FotoKhairy Jamaludin
“Apapun, hanya 500 pemain terbaik daripada semua sistem akademi akan diserapkan di Akademi Bola Sepak Negara di Gambang. “Saya percaya ada antara kalangan 50,000 pemain memiliki bakat yang kita cari selama ini.”


 Oleh Esme Johari Wahab, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment