Monday, April 28, 2014

Pandelela Raih Pingat Gangsa Dalam Pusingan Ketiga Siri Dunia


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ratu terjun negara Pandelela Rinong menang pingat gangsa dalam pusingan ketiga Kejohanan Siri Terjun Dunia FINA 2014 di London Aquatics Centre, United Kingdom, awal hari ini.

Menurut laman web FINA www.fina.org, Pandelela, 21, mengumpul 380.70 mata dalam acara 10m platform wanita untuk meraih pingat itu.

Dalam dua pusingan sebelum ini iatu di China dari 14 hingga 16 Mac dan Emiriyah Arab Bersatu (20-22 Mac), atlet kelahiran Sarawak ini meraih pingat perak.

Pemenang dua pingat emas dalam Sukan Olimpik London 2012 Chen Ruolin dari China terus mengekalkan penguasaannya dengan mengumpul 400.55 mata untuk menjuarai acara itu, manakala penerjun Kanada Meaghan Benfeito mengumpul 394.75 untuk meraih pingat perak.

Pusingan keempat kejohanan ini akan berlangsung di Moscow, Russia dari 2 hingga 4 Mei dan selepas itu di Windsor, Canada (30 Mei hingga 1 Jun), sebelum berakhir di Monterrey, Mexico (6-8 Jun).



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment