Tuesday, April 08, 2014

M'sia Buka Langkah Kanan Pada Piala Suhadinata

ALOR SETAR, 7 April (Bernama) -- Malaysia membuka tirai Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF 2014 bagi merebut Piala Suhadinata dengan cemerlang apabila mencatatkan dua kemenangan pada perlawanan Kumpulan Z2 di Stadium Badminton Suka Menanti di sini hari ini.

Malaysia tidak menghadapi masalah untuk melakarkan kemenangan mudah 5-0, masing-masing ke atas Australia dan Uzbekistan.

Esok, Malaysia akan berdepan dengan Zambia dan India.

Format perlawanan itu membabitkan pusingan 'round-robin' semasa peringkat kumpulan disusuli pusingan kalah-mati.

Pusingan kalah-mati peringkat kumpulan akan menentukan empat pasukan ke separuh akhir manakala pasukan yang kalah akan bertanding untuk menentukan kedudukan ranking pasukan.

Sebanyak 30 negara menyertai kejohanan lima hari itu.

Keputusan:



MALAYSIA mn Australia 5-0



Lelaki:

Perseorangan: Cheam June Wei mn Anthony Joe (AUS) 21-7, 21-9.

Beregu: Chua Khek Wei/Ng Di Hua mn Simon Leung/Tang Huaidong (AUS) 21-17, 21-9.

Wanita:

Perseorangan: Ho Mei Yen mn Joy Lai (AUS) 26-24, 21-12.

Beregu: Goh Yei Ching/Peck Yen Wei mn Alice Wu/Jennifer Tam (AUS) 21-14, 21-14.

Beregu Campuran: Ooi Zi Heng/Yap Zhen mn Simon Leung/Khoo Lee-Yen (AUS) 13-21, 21-11, 21-11.

MALAYSIA mn Uzbekistan 5-0

Lelaki:

Perseorangan: S.Ramachandran mn Amrullo Bakshulaev (UZB) 21-11, 21-6.

Beregu: Tan Jinn Hwa/Goh Sze Fe mn Amrullo Bakshulaev/Abdurasul Khodjaev (UZB) 21-11, 21-4.

Wanita:

Perseorangan: Lee Ying Ying mn Mariya Pakina (UZB) 21-11, 21-4.

Beregu: Yap Zhen/Raja Nurnina Qamarina Raja Azlan Shah mn Mariya Pakina/Anait Khurshudyan (UZB) 21-5, 21-8.

Beregu Campuran: Ammer Amri Zainuddin/Eng Pui Yee mn Abdurasul Khodjaev/Anait Khurshudyan (UZB) 21-2, 21-10.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment