Friday, April 25, 2014

Jurulatih bertauliah perlu demi pembangunan bola sepak negara

Khairy Jamaludin (tiga dari kiri) beramah mesra dangan peserta kursus simposium Kejurulatihan anjuran PPBN di Kuala Lumpur semalam.
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan untuk melahirkan 2,472 jurulatih di dalam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) menjelang 2020 dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, bagi membangunkan industri bola sepak negara kita memerlukan jurulatih yang bertauliah supaya mereka dapat memberi tunjuk ajar kepada pemain mengikut teknik yang betul.

Tambah Khairy, jurulatih akan diberikan pendedahan dengan dihantar ke Akademi Bola Sepak Queens Park Rangers dan Bayern Munich untuk melihat sendiri cara bagaimana jurulatih dari luar negara mengendalikan pasukan mereka.

Budaya kerja positif mereka juga boleh dibawa pulang untuk diapli­kasikan di tanah air, katanya.
"Program ini memerlukan masa selama 10 tahun bagi merealisasikannya kerana kejayaan bola sepak sesebuah negara itu bukan bermula dalam satu malam tapi mereka perlu berlatih untuk sekian lama.
"Ini dibuktikan oleh pasukan Jerman yang dahulunya mengalami zaman kejatuhan mereka, begitu juga dengan Sepanyol namun hari ini mereka berada di tahap yang cukup membanggakan.

"Sasaran kita selepas program ini adalah untuk menjadi juara Asia dalam masa 10 tahun lagi dan juga menyasarkan untuk menyertai sukan Olimpik kerana program ini akan menjadi acara tahunan bagi memastikan kelangsungan ilmu dapat dilakukan kepada jurulatih," katanya selepas merasmikan majlis penutup­an Simposium Kejurulatihan di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Akademi Queens Park Rangers, Richard Allen, Ins­truktor Jurulatih Persatuan Bola­sepak German, Bernd Stober, dan Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim.

Tiga pakar dari luar negara telah dijemput untuk mengendalikan simposium itu dan respon yang diberikan oleh para peserta sangat menggalakkan.

Tegas Khairy, beliau sendiri akan memastikan program tersebut berjalan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan juga akan memantau dari semasa ke semasa bagi merealisasikan visi dan misi program itu.

No comments:

Post a Comment