Wednesday, April 02, 2014

FAM tangguh kes tumbuk

Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu hanya denda JDT RM30,000 kerana gagal sedia kawalan keselamatan pada 1 Februari lalu

Kelana Jaya: Perbicaraan kes pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues ditumbuk pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu ditangguhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang semalam.

Mesyuarat jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu keputusan diambil akan bertindih dengan keputusan siasatan dilakukan polis.

Apa pun, Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap dikenakan denda RM30,000 dan amaran selepas didapati gagal menyediakan kawalan keselamatan di stadium terbabit sehingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara pemain dan pegawai kedua-dua pasukan.

Bimbang hukuman bertindih

“Tindakan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyerang import T-Team ditumbuk seorang pegawai tertinggi PBNJ pada 1 Februari lalu kerana kita tidak mahu keputusannya bertindih dengan keputusan polis.

“Jika FAM mulakan prosiding hari ini (semalam), kita tidak mahu kemudian hari nanti keputusan yang dibuat oleh polis berbeza dengan keputusan kita.

“Sebab itu kita tangguh dulu kes tumbuk itu dan memberi laluan kepada polis membuat keputusan sama ada akan mendakwa individu terbabit atau sebaliknya,” kata Taufek pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

No comments:

Post a Comment