Monday, April 14, 2014

Chong Wei kempunan

Datuk Lee Chong Wei gagal meneruskan sentuhan juaranya apabila tewas mudah di tangan pemain Indonesia, Simon Santoso 15-21, 10-21 dalam masa 47 minit di Stadium Tertutup Singapura pada Kejohanan Siri Super Terbuka Singapura, semalam.

Jaguh perseorangan negara itu yang sebelum ini gah menjuarai Siri Super Premier Terbuka Malaysia (Januari), Seluruh England (Mac) dan Siri Super Terbuka India minggu lalu, terpaksa akur dengan permainan pantas Simon bagi memusnahkan hasrat Chong Wei untuk meraih kejuaraan keempat musim ini.

“Sudah lama saya tidak dapat menundukkan Chong Wei dan ini saat yang amat menggembirakan.

“Terima kasih kepada penyokong yang tidak henti-henti menyokong saya sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Foto

Ia memberi kekuatan dan lebih motivasi kepada saya bagi menghadapi perlawanan hingga berjaya menang,” kata Simon selepas berakhir aksi final.

Selaku juara, Simon membawa pulang wang tunai ASS$22,500 (RM72,832) manakala Chong Wei berpuas hati dengan AS$11,600 (RM37,549).

Kemenangan itu yang kedua dimenangi Simon ke atas Chong Wei dalam 11 perlawanan selepas kali terakhir menewaskannya pada Super Siri Terbuka Jepun 2009.


Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment