Tuesday, April 01, 2014

Bicara ‘Terowong Larkin’ hari ini

Bicara ‘Terowong Larkin’ hari ini
Tapi T-Team tidak terima surat daripada FAM panggilan untuk hadir

Kuala Lumpur: Tepat dua bulan insiden pergaduhan di terowong menuju bilik persalinan Stadium Larkin berlalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya mengesahkan kes itu akan dibicarakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu hari ini.

Apa pun, beberapa saksi dari T-Team dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang mungkin dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan perkara itu semalam selepas beberapa kali perbicaraan kes yang membabitkan pegawai tertinggi PBNJ itu tertunda.


“Kes ‘Terowong Larkin’ akan dibicarakan esok (hari ini), itu pasti. Apa pun, kesudahannya kita tunggu esok sama ada, ada keputusan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

No comments:

Post a Comment