Tuesday, April 08, 2014

Azlan jamin siap ikut jadual


Seremban: Menteri Besar Perlis Azlan Man memberi jaminan semua gelanggang pertandingan bagi penganjuran Sukan Malaysia ke-17 (SUKMA) 24 Mei hingga 4 Jun ini siap mengikut jadual.

Beliau berkata, biarpun masih ada kemudahan sukan belum siap sepenuhnya, namun ia sudah di peringkat akhir pembinaan dan akan siap menjelang akhir bulan ini.

Katanya, tidak timbul soal Perlis tidak bersedia menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar negara itu.
““Setakat ini semua persiapan berjalan lancar mengikut jadual dan saya beri jaminan semua gelanggang dapat digunakan bagi SUKMA bermula 24 Mei ini.

“Kolam renang dan sembilan lagi kemudahan antaranya dewan badminton, skuasy, stadium utama dan kelab golf dalam peringkat sentuhan akhir dan kontraktor dijangka menyerahkannya sebelum akhir bulan ini,” katanya.
“Semua infrastruktur itu masih dalam tempoh tanggungan kontraktor.

Kebanyakan binaan adalah daripada struktur sedia ada serta kukuh dan hanya perlu dinaik taraf menjadikan ia selamat digunakan.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Arau menjadi tempat penginapan utama lebih 6,500 atlet dan pegawai.

““Ujian juga akan dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan ia mengikut spesifikasi dan piawaian ditetapkan,” ” katanya pada majlis kunjungan ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri di sini, petang semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahri Idris, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSSNS) Datuk Abdul Samad Ibrahim.


Oleh Mohd Amin Jalil , Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment