Wednesday, April 23, 2014

Affeeq Akan Wakili Sarawak Di Sukma 2014

KUCHING, 22 April (Bernama) -- Bekas pemain skuasy remaja nombor satu negara Affeeq Ismail Abeeden akan kembali ke tanah air bagi mewakili Sarawak ke Sukan Malaysia 2014 di Perlis.

Perkara itu disahkan ibunya Siti Aishah Abdullah yang dihubungi Bernama Selasa.

Affeeq yang kini belajar di Trinity College di Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat menerima panggilan daripada Majlis Sukan Negeri Sarawak yang memintanya mewakili Sarawak ke temasya itu, kata Siti Aishah.

Katanya Affeeq akan tiba di tanah air pada 11 Mei ini.

Dalam Sukma 2012 di Pahang pemain berusia 21 tahun itu yang berpasangan dengan Sanjay Singh memengani emas bagi acara beregu lelaki.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment