Tuesday, March 18, 2014

Strategi menjadi


Ipoh: Skuad hoki negara terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan Kanada 3-1 pada saingan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah malam tadi.
“Saya sudah jangkakan lawan akan menggunakan kelebihan fizikal mereka dan ia benar-benar berlaku. Sebab itu pada separuh masa kedua saya ingatkan pemain supaya kekal fokus dan terus memberi tekanan kepada mereka.

“Saya juga tidak mahu mereka bermain dengan penuh emosi seperti di babak pertama dan strategi itu tertanya berhasil,” kata ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Skuad negara bermula baik apabila berada di depan seawal minit ke-4 menerusi gol padang penyerang negara Faizal Saari yang menerima hantaran cantik Muhammad Marhan Mohd Jalil.

FotoFIRHAN Ashari (kanan) cuba menjaringkan gol sambil dihalang Adam Frosese dari Kanada.

Namun mereka gagal mengekalkan momentum itu, sebaliknya membenarkan Kanada melakukan tekanan sehinggalah lawan dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-15 yang disempurnakan Adam Froese.

Skuad bimbingan Paul Bundy itu terus melakukan asakan dan memperoleh beberapa peluang terbaik menjaringkan gol, tetapi mereka gagal memanfaatkan peluang terhidang itu.

Aksi kedua-dua pasukan dilihat agak tegang selepas itu sehingga menyaksikan beberapa insiden pergaduhan tetapi berjaya dileraikan pengadil perlawanan.

Bersambung babak kedua, skuad negara berpeluang sekali lagi di depan selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-39, tetapi disia-siakan begitu saja.

Penjaga gol negara Muhammad Hafizzuddin Othman yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan ketika bertemu Korea kelmarin, sekali lagi cemerlang, menafikan sekurang-kurangnya dua peluang terbaik lawan selepas itu.

Malaysia kembali di depan pada minit ke-46, sekali lagi menerusi sumbangan Faizal yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Gol itu menaikkan semangat skuad negara untuk mencari gol ketiga dan peluang terbaik diperoleh tiga minit kemudian, tetapi kali ini tolakan Faizal tidak menjadi.

Situasi sama berlaku pada minit ke-63 yang menyaksikan tolakan Faizal sedikit tersasar ketika melakukan pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, Ahmad Kazamirul Nasruddin memastikan Malaysia meraih tiga mata penuh menerusi gol ketiga pada minit ke-67 hasil gerakan padang.


Oleh Saiful Affendy Sapran, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment