Tuesday, March 11, 2014

Puas benam Chen Long - Harian Metro


Kuala Lumpur: Kejayaan Datuk Lee Chong Wei muncul juara Seluruh England buat kali ketiga kelmarin membuktikan dia masih mampu menewaskan Chen Long yang kerap menghantui kariernya sejak kebelakangan ini.

Apa tidaknya, rekod empat pertemuan terakhir menyaksikan jaguh perseorangan negara itu tewas keempat-empat perlawanan Siri Super, bermula di Terbuka Hong Kong 2012, Seluruh England 2013, Terbuka Denmark 2013 serta yang terakhir di Terbuka Korea awal tahun ini.

Malah Chong Wei sendiri berasa cukup puas mampu menewaskan Chen Long pada kejohanan berprestij itu sekali gus memberi suntikan semangat kepadanya untuk menghadapi banyak lagi saingan utama sepanjang tahun ini, terutama Kejohanan Dunia yang masih belum berada dalam koleksinya.

“Orang kata saya sering kalah dengan Chen Long. Tapi hakikatnya saya tidak boleh menumpukan kepada semua saingan Siri Super.

FotoCHONG Wei rangkul kejuaraan Seluruh England buat kali ketiga, kelmarin.

“Saya sudah buktikan mampu tewaskan Chen Long di Seluruh England, ia lebih penting berbanding kejohanan Siri Super,” katanya.

Pemain berusia 31 tahun itu juga mendedahkan kejayaan kali ketiga merangkul kejuaraan Seluruh England mungkin yang terakhir buatnya.

“Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu beraksi dengan baik tetapi buat masa sekarang, saya gembira dengan segala kejayaan diraih setakat ini.

“Saya mengalami kecederaan sebelum beraksi di England, tapi saya tidak terlalu memikirkannya dan hanya bertenang.

“Ini mungkin penampilan terakhir saya di Seluruh England dan tidak pasti sama ada akan kembali semula tahun depan,” katanya


Oleh Saiful Affendy Sapran, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment