Tuesday, March 11, 2014

Olivia mampu ke Olimpik Remaja - Harian Metro


Kuala Lumpur: Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Razak Mat Amin berkeyakinan tinggi ratu gimnas negara, Olivia Tai Qing Tong akan layak beraksi di Sukan Olimpik Remaja 2014 di China, Ogos ini.

Nada keyakinan itu hadir berdasarkan aksi cemerlang Olivia ketika meraih pingat emas acara individu belantan pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Walaupun belum ada keputusan rasmi Jawatankuasa Pertandingan Olimpik, saya tetap yakin berdasarkan pencapaiannya berada dalam kelompok tiga gimnas terbaik kejohanan itu bulan lalu sudah cukup melayakkannya ke Olimpik,” katanya.

Dalam pada itu, Razak turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan MGF gagal melahirkan bakat baru bagi mewakili negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Itu semua tidak benar dan kurang tepat.

Kami dan MSN (Majlis Sukan Negara) sentiasa duduk bersama bagi berbincang mencari jalan terbaik mengembalikan maruah sukan ini.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) MSN-MGF dipengerusikan sendiri Datuk Seri Zolkples Embong, beliau sudah bersetuju menghantar atlet kita menjalani latihan di luar negara.
“Itu menunjukkan pelan pembangunan kami tidak pernah terhenti, cuma memerlukan sedikit masa bagi membentuk gimnas yang benar-benar berkualiti,” katanya.

Menurutnya, beliau memohon agar lebih ramai lagi pihak swasta membantu MGF dalam misi persatuan itu melahirkan gimnas bertaraf dunia.

“Kita mampu melahirkan atlet gimnastik bertaraf dunia dengan syarat semua pihak harus sama-sama membantu.

FotoAKSI Olivia dalam acara riben pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

tanpa terlalu bergantung harap kepada MSN saja,” katanya.


Oleh Mohd Firdaus Hashim, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment