Wednesday, March 12, 2014

Lupakan detik hitam


Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad meminta pelumba negara, Azizulhasni Awang segera melupakan kejadian menimpanya sepanjang beraksi dalam siri Piala Dunia Klasik dan Kejohanan Dunia.

Biarpun mengakui apa yang terjadi mampu menggugat tumpuan pelumba kelahiran Terengganu, beliau menaruh harapan Azizulhasni akan bangkit dan memberi tumpuan terhadap dua kejohanan lebih penting selepas ini - Sukan Asia dan Komanwel.

Bagaimanapun Naim tidak menolak PKBM akan membantunya untuk menyelesaikan segala pemasalahan yang timbul namun tindakan itu hanya akan diambil selepas menerima laporan lengkap ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan, John Beasley.

Naim mengulas perkara itu ketika diminta memberi pendapat terhadap tindakan yang akan diambil PKBM selepas tiga kali penyertaan Azizulhasni dibatalkan sewaktu menyertai siri dua siri Piala Dunia Klasik di Colombia dan Kejohanan Dunia di Cali, Colombia.

FotoPENYERTAAN Azizulhasni dibatalkan tiga kali.

“PKBM akan meneliti apa yang akan boleh dilakukan berhubung perkara yang menimpa Azizul tapi kita perlu menunggu laporan lengkap John.

“Namun saya berharap agar Azizul dapat melupakan perkara itu kerana perkara yang terjadi perlu dijadikan pengajaran.

“Dua kejohanan penting menantinya selepas ini. Dia perlu terus kekal fokus kerana tiga penyertaannya itu tidak menawarkan sebarang mata untuk kelayakan Olimpik jadi tidak perlu terlalu memikirkan mengenainya,” katanya.



Oleh Aida Adilah Mat, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment