Tuesday, March 18, 2014

Harimau Muda ‘mengaum’

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Muda A menempah aksi lebih mencabar dalam kempen Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland, Australia selepas menang besar 5-2 ke atas Redlands United kelmarin.

Kejayaan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mencalar rekod bersih dua kemenangan berturut-turut Redlands dalam saingan liga musim ini sekali gus membuka mata pasukan lain mengenai kemampuan pemain muda negara.

“Ini kemenangan yang cukup baik kerana lawan bukan calang-calang selepas mereka mencatat dua kemenangan sebelum ini. Tapi dengan kemenangan ini sudah tentu pasukan lain lebih berwaspada apabila menentang Harimau Muda.

“Cabaran seperti ini yang kami mahukan, kerana hanya dengan perlawanan kompetitif saja saya boleh menilai sejauh mana kemampuan pemain saya.
FotoAKSI pemain Harimau Muda ketika menang ke atas Redlands United.

“Apa yang penting kami ke sini bukan untuk menjuarai liga tapi bagi pemain mendapatkan pendedahan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Tiga mata penuh yang diraih pada aksi di Cleveland Showgrounds, Brisbane kelmarin meletakkan Harimau Muda A menduduki tangga kesembilan daripada 14 pasukan selepas seri 3-3 dengan Moreton Bay Jets pada aksi pertama, 8 Mac lalu.

Menurut Kim Swee masih banyak perlu dilakukan untuk memantapkan prestasi pemain khususnya di bahagian pertahanan walaupun permainan dipamerkan pada perlawanan kedua itu menghiburkan.

“Lima gol bolos dalam dua perlawanan bukan statistik yang baik, kelemahan ini perlu diperbaiki. Saingan liga ini cukup mencabar buat pemain dari segi fizikal namun dengan corak permainan pantas, saya yakin kami mampu memberikan saingan hebat,” katanya.

Harimau Muda A yang dibarisi pemain bawah 23 tahun bakal turun beraksi pada Ahad ini menentang pasukan di tangga ke-10 liga, Sunshine Coast Fire yang hanya mencatat satu kemenangan dalam tiga perlawanan.



Arena - Harian Metro

1 comment:

  1. Nice article. your article is very good and E-book is well. I love as like as E-book. I think there are best e-book link in the world. If any one search more e-book i seggust their visit here and collect more
    Beginning triathlons

    ReplyDelete