Friday, March 07, 2014

Harimau Malaya Menang Kerana Kegigihan Pemain Dan Kecemerlangan Jurulatih - Khairy


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan kemenangan Harimau Malaya ke atas Yemen kerana kegigihan pemain dan kecemerlangan jurulatih.

"Skuad Harimau Malaya masih lagi dibelenggu dengan corak permainan lama manakala pasukan Yemen memang mempersembahkan corak permainan baharu.

"Namun jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee telah mengendalikan skuad negara dengan baik dan beliau telah melakukan kerja yang cemerlang.

"Saya (juga) nampak ada peningkatan dalam corak permainan pasukan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan di sini Khamis.

Beliau mengulas kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Yemen pada aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Tahnon Mohamed, Al-Ain City, Dubai Rabu malam.

Namun Malaysia tidak layak untuk ke Australia.

Penyerang Amri Yahyah meledak gol pertama negara menerusi tandukan pada minit ke-16 manakala gol kedua dijaringkan Ahmad Fakri Shaarani pada minit ke-76.

Yemen memperoleh gol pada minit ke-60 menerusi Mohammed Al-Saori.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment