Monday, March 03, 2014

FAM bakal dikenakan tindakan


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemungkinan bakal berdepan tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan insiden kekecohan selama lapan minit yang dicetuskan oleh Ultras Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tindakan hampir seribu Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap ke dalam padang pada minit ke-30 perlawanan itu bukan saja sesuatu yang memalukan malah AFC boleh mengambil tindakan jika Filipina membuat aduan.
“Memang (kemungkinan dikenakan tindakan).

Dari segi denda saya tidak tahu tapi lazimnya apabila ini berlaku, ia boleh membahayakan pemain dan apabila pasukan pelawat datang, kita kena hati-hati menjaga mereka.

Jadi saya berharap tidak ada pihak tertentu mengambil tindakan.

Bagi saya ini sesuatu yang memalukan negara.
“Mungkin boleh dikenakan tindakan beraksi tanpa penonton.

Kita risau juga kalau Filipina buat aduan kerana akan ada tindakan tertentu kepada FAM.


Oleh Aziman Rosdi, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment