Thursday, March 06, 2014

Chong Wei Jumpa Wei Feng Pada Pusingan Kedua All England

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan bertemu Chong Wei Feng pada pusingan kedua Kejohanan Badminton All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England, Khamis.

Chong Wei menepati ramalan apabila dengan mudah mengetepikan pencabarnya Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand dengan 21-15 dan 21-17 dalam masa 28 minit pada perlawanan pusingan pertama, Rabu.

Chong pula cemerlang menewaskan Marc Zwiebler dari Jerman dengan straight set 21-18 dan 21-19, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.

Namun seorang lagi pemain perseorangan negara Misbun Ramdan Misbun bagaimanapun kalah kepada Chou Tien Chen dari Taiwan 15-21 dan 10-21 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Turut mara ke peringkat seterusnya ialah beregu lelaki negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang turun selaku beregu pilihan kelima kejohanan dengan mengalahkan Chan Yun Lung-Lee Chun Hei dari Hong Kong, 19-21, 21-13 dan 21-4.

Satu lagi beregu negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah pula akan menentang beregu pilihan ketiga Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark pada awal pagi Khamis waktu tempatan.

Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tersingkir awal apabila tewas kepada beregu pilihan kedua kejohanan, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia 12-21 dan 5-21.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment