Tuesday, March 11, 2014

Chong Wei ada kelas: Najib - Berita Harian


Kuala lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan badminton Seluruh England 2014 di Birmingham, England, awal pagi semalam.

Chong Wei, pemain perseorangan nombor satu dunia itu membenam musuh tradisinya, Chen Long dari China pada final dengan mata 21-13 dan 21-18.

“Chong Wei membuat Malaysia bangga sekali lagi. Dia begitu tabah dan kuat azamnya. Satu tindakan yang mempunyai kelas untuk diingati buat jangka masa yang panjang,“ kata Najib dalam akaun Twitternya, semalam.


Dalam tweet berasingan, Najib berkata: „Chong Wei baru sahaja menelefon saya dan isteri saya. Kami memberitahunya betapa bangganya kami atas kemenangannya.“

Wajar dicontohi

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, kejayaan Chong Wei membuktikan dia seorang pemain yang tidak mudah menyerah kalah dan wajar dicontohi.

“Kemenangan Chong Wei itu adalah kejayaan bermakna buat negara dan dirinya sendiri, dia memberikan persembahan yang mengagumkan dengan mempelbagaikan cara permainan.


“Dia tidak terlalu mengikut rentak Chen Long serta tenang mengawal gelanggang, dengan sokongan padu penyokong Malaysia di sini (England) memang menaikkan semangatnya untuk meraih kemenangan itu,“ katanya ketika dihubungi, semalam.

Jaguh badminton negara itu menumpaskan musuh tradisinya, Chen Long berusia 25 tahun itu 21-13 dan 21-18 pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi ini waktu tempatan.

Chong Wei pernah meraih juara Seluruh England pada 2010 dan 2011. Lin Dan dari China meraih gelaran itu pada 2012 manakala Chen Long merangkul kejuaraan berkenaan pada 2013. BERNAMA

No comments:

Post a Comment