Friday, March 07, 2014

Bos Raih Kemenangan Kelima LTDL Selepas Memenangi Peringkat 8



MARANG, 6 Mac (Bernama) -- Pelumba Belanda Theo Bos meneruskan penguasaan dengan meraih kemenangan ketiga bagi peringkat dan kemenangan kelima dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) selepas memenangi peringkat 8, Khamis.

Bos daripada pasukan Belkin-Pro Cycling Team memastikan tempat teratas dengan melakukan pecutan konsisten untuk mendahului pelumba Itali Andrea Guardini (Astana Pro Team) dan Kenny van Hummel (Androni Giocattoli-Venuzuela).

Rakan sepasukannya sekali lagi memain peranan membantu kemenangannya dengan memastikan kedudukannya tidak tergugat sehingga ke garisan penamat sepanjang perlumbaan sejauh 202.2km dari Kuantan ke Marang dengan catatan 5 jam, 01 minit dan 58 saat.

"Ketika pada jarak 2km terakhir, berlaku pelanggaran. Saya melihat ia berlaku dan sempat mengelak dengan bergerak sedikit ke sebelah kanan. Saya hampir terjatuh tetapi nasib baik tidak terjatuh.

"Graeme Brown melihatnya dan menunggu dan saya berpatah balik. Ia merupakan usaha keras dan kemudiannya saya menunggu sebentar dan selepas itu kami meneruskan kayuhan," katanya.

Pelumba Iran Mirsamad Pourseyedigolakhour daripada pasukan Tabriz Petrochemical Team mengekalkan jersi Kuning apabila muncul sebagai pendahulu keseluruhan walaupun terlibat dalam pelanggaran pada kilometer terakhir.

"Saya bernasib baik dapat mengekalkan jersi Kuning dan mencatat masa yang sama dengan pasukan walaupun selepas terlibat dalam pelanggaran," katanya.

Pourseyedigolakhour juga kekal sebagai pelumba terbaik Asia (jersi Putih) selepas mencatat 30'19:00s manakala pasukannya muncul sebagai pendahulu keseluruhan pasukan Asia dengan catatan masa 91'01:25s.

Lithuanian Aidis Kruopis daripda pasukan Orica Greenedge mengekalkan jersi Biru dalam pertandingan Raja Pecut selepas mengumpul 71 mata manakala pelumba Ireland, Matt Brammeier kekal menyarung jersi Merah dalam pertandingan Raja Bukit dengan 34 mata.

Sementara itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh muncul pelumba terbaik Malaysia selepas menduduki tempat ke-11.

Pada peringkat kedua terakhir Jumaat, harapan penduduk Terengganu untuk melihat pelumba TSG naik ke podium adalah cerah berdasarkan hakikat mereka sudah biasa dengan laluan sepanjang 111.1km dari Bandar Permaisuri ke Kuala Terengganu.

Daripada Zuriati Zulmi --BERNAMA

No comments:

Post a Comment