Thursday, February 27, 2014

MHC mungkin panggil Kevin

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak menolak kemungkinan menyenaraikan pemain berbakat dari Malaysia yang berpangkalan di Jerman, Kevin Lim ke dalam skuad hoki negara sekiranya tidak berdepan masalah dengan status kewarganegaraan.

Kevin mempunyai asal usul Malaysia dengan bapanya Git San berasal dari Pulau Pinang manakala ibunya, Dagmar warga negara Jerman.

Berusia 28 tahun, pemain yang mewakili Kelab Hoki Berlin itu pernah menyertai skuad kebangsaan Jerman pada 2005.

Setiausaha Agung MHC Datuk Johari Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak boleh membuat keputusan tergesa-gesa untuk memanggil Kevin menyertai skuad negara kerana perlu menyemak status kewarganegaraan pemain itu.
FotoKEVIN kini berpangkalan di Jerman.

“Apa yang boleh saya katakan ialah sehingga kini masih belum ada kata putus mengenai pemain ini kerana status kewarganegaraan perlu disemak dulu.

“Semua ini perlu dilakukan kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah apabila memanggil pemain itu menyertai skuad negara.

“Apapun, dia juga perlu menjalani proses pemilihan terlebih dulu untuk menyertai skuad negara,” katanya.



Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment