Friday, February 14, 2014

Khairul Azhan, Bobby Antara Yang Dipanggil Untuk Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Dua nama baru tersenarai dalam kalangan 25 pemain yang dipanggil untuk sesi latihan skuad bola sepak kebangsaan bagi menghadapi pelawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

Skuad kebangsaan dijadualkan bertemu Filipina dalam perlawanan persahabatan pada 1 Mac di Shah Alam, Selangor dan perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015, menentang Yaman pada 5 Mac di Emiriyah Arab Bersatu.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya itu akan berlangsung dari 19 Feb hingga 2 Mac ini.

Menurut kenyataan akhbar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini hari ini, dua pemain berkenaan ialah penjaga gol pasukan Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dan penyerang pasukan PDRM, Bobby Gonzales.

Kesemua pemain yang dipilih perlu melapor diri kepada pemangku ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 19 Feb.

Menurut kenyataan itu, turut tersenarai ialah tujuh pemain yang diletakkan sebagai pemain simpanan bagi menggantikan mana-mana pemain yang disahkan oleh doktor pasukan mengalami kecederaan.

Senarai 25 pelatih skuad Harimau Malaya:

Mohd Baddrol Bakhtiar (Kedah); Mohd Farizal Marlias, S. Kunanlan, Bunyamin Umar (Selangor); Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Mohd Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Takzim); Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Hafiz Kamal, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Mohd Radzi, Ahmad Fakri Saarani (Kelantan); Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu); Putera Nadher Amarhan Maderner (Sarawak); Amiridzwan Taj Tajudin (ATM); Bobby Gonzales (PDRM) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC).

Senarai tujuh pemain simpanan:

K. Gurusamy, Mohd Azmi Muslim (Selangor); Mohd Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Takzim); Christie Jayaseelan, Affize Faisal Mamat, Venice Elphi Danny Kaya (ATM) dan Mohd Helmi Remeli (PKNS FC).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment