Monday, February 17, 2014

Golf bersama PM raih RM200,000

Seri Kembangan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa beriadah bersama pengamal media dalam acara Astro Media Golf 2014 semalam.

Beliau tiba kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum melakukan tee-off pada pukul 8.15 pagi di The Mines Resort and Golf Club.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Wakil Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaludin Jarjis, dan Pengerusi Astro Tun Zaki Tun Azmi.

Acara disertai lebih 70 pemain dari pelbagai organisasi media termasuk Media Prima, Redberry, Utusan Melayu dan The Star serta kakitangan Astro selaku penganjur.
FotoNAJIB (tengah) bergambar kenangan bersama peserta Astro Media Golf 2014 di The Mines Resort and Golf Club.

Selepas acara berlangsung kira-kira lima jam, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan bernilai RM200,000 kepada Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan dan Negeri yang dikumpul sempena acara itu.

Sebahagian wang sumbangan itu turut disampaikan kepada keluarga bekas pemain bola sepak negara, Wong Choon Wah yang meninggal dunia pada 31 Januari lepas.

Jamaludin muncul sebagai pemenang Pingat A dengan 37 mata, manakala Pengarang The Star Metro, Brian Martin membawa pulang pingat B dengan 33 mata.

Hadiah disampaikan oleh Ahmad Shabery. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment