Friday, February 28, 2014

Beri Tengku Abdullah peluang

Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan mencadangkan supaya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diberi peluang bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus menerajui badan induk itu pada pemilihan pucuk pimpinan FAM, 25 Mei depan.

Tidak menafikan sumbangan Sultan Ahmad Shah yang memegang jawatan nombor satu itu di FAM ketika ini, sebaliknya Velappan berkata, Tengku Abdullah mungkin mampu memberi dimensi baru dalam arena bola sepak tempatan dengan pengalamannya di peringkat antarabangsa.

Saya tidak pasti sama ada Sultan Ahmad Shah akan mempertahankan jawatan Presiden tetapi sekiranya baginda mahu berundur, ahli gabungan perlu mencadangkan calon terbaik untuk menggalas tugas ini.

“Mungkin mereka yang baru dilantik itu boleh diberi peluang selama dua penggal untuk menunjukkan tahap kepimpinan mereka.

“Mengenai Tengku Abdullah, beliau memang mempunyai banyak pengalaman, terutama di peringkat FIFA, AFC dan FAM. Jadi, berilah peluang kepadanya.

“Seperti saya katakan tadi, cuba berikan peluang selama dua penggal kepadanya. Sekiranya beliau tidak dapat memikul tugas itu dengan baik, beri peluang kepada orang lain pula,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku bertajuk ‘Beyond Dreams’ hasil tulisannya sendiri.

Beberapa nama menjadi sebutan untuk mencabar jawatan nombor satu dalam FAM itu namun Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah menegaskan tidak berminat.


Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment